Sunday, February 20, 2011

owh headache..get out of my head will ya

Dari dulu lg kepala ni mudah sgt kena serang..bl kena attack mula la rasa umo xpnjang dan sbgainya..huhu..nauzubillah..takut sbnrnya..mntk lh dijauhkan drpd sebarang penyakit bahaya..tp sejak dua menjak ni kerap sgt dh..sampai rasa dunia ni bpusing2..kkdg buat xtau je..take a long nap..bl bangun ok dh..klu dlu mmg x rajin lgsung nk telan paracetamol skang 2 3 bijik pon x jalan jgk..telan2 tido n bangun sill terasa dunia  bpusing2..cma kurang lh sket drpd sbelum nya..huhu..




Sakit yg datang adalah ujian dari allah kan..redha & tahan jelh..selagi dipanjangkan nyawa ni oleh NYA..teringat kt mak abah yg tanggung sakit masing2 sndirian..anak2 wt xtau je..bkn wt xtau lh..tp nk tlg cmna bl masing2 dok jauh drpd dorg..harap kan adek yg sorg tulh tlg tgk kan..smoga dipanjangkan umor mak ngn abah..ameen~


Dh xtahan ni tu yg tnya jgk pkcik google ttg sakit pala nh..so dpt lh skit2 info drpd website puspanita ttg skt pala nh..nk g jupe doktor malas..so ikut jelh panduan yg dh disediakan nh..huhuhu..


Banyak sunggoh punca-punca yg mnyebabkan skt pala ak nih..so antaranya jelah yg ak tepek ni mungkin simptom yg attack kepala ak nh..huhu..

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


Itu those antara punca-punca sakit pala nh..now below nih cara-cara yg boleh di ikuti utk redakan sakit pala nh..xsalah kita cuba kan..manalah tau berjaya..apa yg penting? xpening2 dh xmual2 dh...seksa betol..huhuhu


Berehat seketika dengan berbaring.
Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.
Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

Punca dan panduan ni adalah ehsan pakcik google yg tlg search sampai ke website puspanita nih. Doa2 kan lah moga sakit pala nih berkurangan dan lesap lah secara berterusan..u r not invited here in my head....

 sakit pala nih...hue~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...